Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
368) LESEN PENJAJA DAN PENIAGA KECIL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah data terperinci senarai nama Syarikat atau individu, jenis perniagaan, dan Kawasan berniaga untuk penjaja dan peniaga kecil yang berdaftar permit atau lesen perniagaan di MPHS di Kawasan Dewan Negeri Batang Kali pada tahun 2023 dan 2024?
Bilangan penjaja dan peniaga berlesen sepanjang tahun 2023 dan 2024 di kawasan Dewan Undangan Batang Kali adalah seperti berikut:-
Kawasan Bilangan Penjaja
Bilangan Perniagan
Batang Kali 39
127
Bukit Beruntung 35
204
Bukit Sentosa 52
143
-
Apakah data terperinci warga asing yang mendaftarkan dan mempunyai lesen perniagaan di MPHS pada tahun 2023 dan 2024?
Jabatan Pelesenan MPHS telah menetapkan syarat bahawa warganegara Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sahaja dibenarkan mendaftar dan memohon lesen perniagaan.