Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

361) SKIM KESIHATAN WANITA SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pemohon Skim Kesihatan wanita Selangor (MammoSel) mengikut pecahan DUN.

    Jumlah pemohon Skim Kesihatan wanita Selangor (MammoSel) mengikut pecahan DUN adalah seperti di Lampiran 1.

  2. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan untuk menurunkan kelayakan had umur skim ini?

    Tiada sebarang perancangan untuk menurunkan kelayakan had umur skim ini pada masa ini.

  3. Sila kemukakan program yang telah dijalankan untuk golongan Wanita dalam tahun 2015 - 2023.

    Program kesihatan khusus untuk golongan wanita yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dari tahun 2015 hingga 2023 adalah saringan mammogram di bawah Program Skim Kesihatan Wanita dan Program Selangor Kanser. Walau bagaimanapun, inisiatif-inisiatif kesihatan yang lain seperti Bantuan Sihat Selangor (BSS), Iltizam Selangor Sihat (ISS), Skim Rawatan Jantung dan Insentif Rawatan Tibi turut memberi manfaat kepada golongan wanita.