Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
352) PENGURUSAN PANGSAPURI (JMB & MC)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah inisiatif dan kaedah pihak berwajib menyelesaikan masalah isu
21 buah kuaters Air Selangor Pangsapuri Tapak Maha, Jalan PJS 2C/5 Taman Medan yang dibawah tanggungjawab SUK yang telah dimaklumkan tidak diurus dan tunggakan pembayaran penyelengaraan pada pihak pengurusan Perbadanan Pengurusan PN10337 Pangsapuri Tapak Maha sejak beberapa lama?21 kuarters Air Selangor ini merupakan serahan aset Jabatan Bekalan Air (JBA) kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui perjanjian konsesi Air yang telah dimeterai pada tahun 2012 sehingga tahun 2017 untuk tempoh 5 tahun. Perjanjian ini merupakan perjanjian konsesi rentetan daripada penswastaan JBA kepada SYABAS. Bagi urusan menyelesaikan tunggakkan beberapa isu perlu diselesaikan terlebih dahulu antaranya adalah isu pindah milik premis yang kini masih di bawah nama PKNS. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Khidmat Pengurusan kini dalam tindakan untuk menyelesaikan pemilikan bagi membolehkan urusan pembayaran tunggakkan kepada JMB diselaraskan sewajarnya.