Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

351) STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan nilai, kaedah dan sumber pembiayaan untuk projek pembangunan Stadium Shah Alam, merangkumi kos meroboh dan kos pembangunan semula.

    Anggaran kasar awal kos keseluruhan Pembangunan Kompleks Shah Alam adalah RM 3.28 billion dimana ianya merangkumi kos siling perobohan sejumlah RM 35 juta. Kos keseluruhan ini akan dimuktamadkan apabila butiran-butiran terperinci untuk kesemua komponen-komponen di dalam fasa-fasa Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam disiapkan.

    Kaedah pembiayaan Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam adalah melalui kaedah tanah gantian (“land swap”) di mana nilai tanah gantian adalah sama dengan kos keseluruhan Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam. Kos keseluruhan merangkumi kos perobohan dan kos pembangunan.

Lampiran

Tiada Lampiran.