Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
343) PELAJAR UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah bilangan dan peratus anak Selangor yang belajar di UNISEL?
Bilangan dan peratus anak Selangor yang belajar di UNISEL adalah sebanyak 4,142 (45.1% ) daripada jumlah keseluruhan pelajar UNISEL seramai 9,147 orang pelajar.
JUMLAH PELAJAR DARI NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2024
PERINGKAT PENGAJIAN
JUMLAH PERATUS
PASCASISWAZAH
131 1.4% DIPLOMA & IJAZAH SARJANA MUDA 3792 41.4%
PROGRAM ASAS
214 2.3% JUMLAH KESELURUHAN 4142/9147 45.1%
-
Pecahkan bilangan anak Selangor di UNISEL mengikut kaum dan DUN?
– Tiada Rekod –
-
Nyatakan peratusan pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran di UNISEL?
Berdasarkan pencapaian, UNISEL telah menghasilkan 100% pelajar yang berjaya menamatkan pengajian di UNISEL iaitu seramai 47,302 graduan sepanjang UNISEL ditubuhkan.