Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
339) BANTUAN BUAT BAYI MENGHIDAP PENYAKIT KRONIK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan inisiatif kerajaan dalam menyediakan bantuan khas untuk membantu bayi sakit kronik di Selangor.
Kerajaan Negeri komited membantu rakyat Negeri Selangor dalam mendapatkan bantuan rawatan kesihatan termasuk golongan bayi. Antara bantuan tersebut adalah Skim Rawatan Jantung (SJR). Melalui SJR, bayi yang mempunyai masalah berkaitan jantung boleh mendapatkan rawatan di hospital panel SJR iaitu Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dan UiTM Specialist Centre, Sungai Buloh. Di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) pula, bantuan kepada pesakit yang memerlukan termasuk kepada bayi yang menghidap penyakit kronik diselaraskan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital. Peranan utama JKSP Hospital adalah memberikan bantuan kepada pesakit khususnya dari aspek psikososial dan sosioekonomi selain turut menyelaras permohonan bantuan melibatkan Agensi Kerajaan yang berkaitan seperti Lembaga Zakat Selangor serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).
-
Nyatakan bilangan permohonan bantuan bayi sakit kronik yang telah ditolak daripada tahun 2020 sehingga Jun 2024 dan senaraikan mengikut alasan.
Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.
Tiada bayi yang menerima bantuan rawatan jantung di bawah SJR dari tahun 2020 sehingga bulan Jun 2024.
-
Berapakah peruntukan yang telah diluluskan mengikut DUN dari tahun 2020 sehingga Jun 2024?
Soalan (b) dan (c) dijawab bersekali.
Tiada bayi yang menerima bantuan rawatan jantung di bawah SJR dari tahun 2020 sehingga bulan Jun 2024.