Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
331) PEMBANGUNAN KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT BAJA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan Kampung Orang Asli di Dengkil seperti Kampung Orang Asli Bukit Tadom sebagai kawasan pelancongan baru dengan tarikan yang tersendiri?
Pihak Majlis Perbandaran Sepang melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah melaksanakan beberapa program seperti :
- Membawa produk kraftangan dan makanan dari Orang Asli Temuan ke Malaysia Fair 2023 Tokyo pada 3 hingga 5 November 2023 dalam siri promosi tourism.
- Membawa agensi pelancongan melawat ke pusat kraftangan ke perkampungan Orang Asli contoh Hari Perayaan Orang Asal atau Program Pelancongan DUN Dengkil.
- Membawa produk Orang Asli untuk di pamerkan ke dalam program MPSepang seperti Semarak Budaya @ BBST Walk, Pesta Pantai dan sebagainya.