Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

329) BAS SMART SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa kos penyelenggaraan Bas Smart Selangor yang digunakan di Sepang dan Kuala Langat setiap bulan dan apakah kajian impak keberkesanan terhadap penduduk setempat?

    Kos keseluruhan bas Smart Selangor untuk 4 buah bas Daerah Kuala Langat adalah sebanyak RM1,174,700.00 setahun. Kos ini adalah termasuk penyelenggaraan dan kos operasi iaitu RM 750.00 sehari. Sehingga kini, jumlah keseluruhan penumpang sepanjang Operasi Bas Smart Selangor Laluan BTG 1 yang bermula pada 15 Mei 2016 hingga 31 Mei 2024 adalah seramai 1,371,099 orang dengan jumlah perjalanan sebanyak 53,167 trip. Manakala Laluan BTG 2 yang bermula pada 1 Ogos 2017 hingga 31 Mei 2024 adalah 282,482 orang dengan jumlah perjalanan sebanyak 31,085 trip. Bagi penambahbaikan operasi bas Smart Selangor kepada penduduk setempat, sehingga kini laluan bas telah mengambilkira 20 buah sekolah dan 5 buah IPTA/ IPTS serta laluan ini juga turut memberikan operasi kepada 15 buah perumahan kos rendah.

Lampiran

Tiada Lampiran.