Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

325) TAPAK PENIAGA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah terdapat perancangan dari pihak Kerajaan Negeri untuk menyediakan tempat bagi para peniaga di kawasan simpang empat Teluk Pulai? Mereka sekarang ini menggunakan bahu jalan dan mengakibatkan jalan menjadi terlalu sesak.

    Pada masa kini, tapak penjaja di kawasan Simpang Empat, Teluk Pulai merupakan tapak penjaja sementara dan seramai 57 orang peniaga berlesen menjalankan perniagaan di kawasan tersebut mengikut 3 waktu perniagaan yang berbeza iaitu:

    • Shift 1 : 6.00 pagi hingga 11.00 pagi
    • Shift 2 : 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang
    • Shift 3 : 6.00 petang hingga 11.00 malam

    Majlis Bandaraya Diraja Klang sedang dalam kajian untuk memindahkan peniaga tersebut ke lokasi yang lebih sesuai dan berdekatan dengan lokasi sedia ada.

Lampiran

Tiada Lampiran.