Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
324) KESESAKAN LALU LINTAS DAN KESELAMATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan Bandar Sultan Suleiman yang melibatkan lori-lori kontena yang menggunakan jalan di hadapan sekolah sebagai jalan alternatif? Ini juga membabitkan keselamatan anak-anak di sekolah di kawasan tersebut.
Majlis Bandaraya Diraja Klang sedang dalam proses perancangan untuk melaksanakan perwartaan had muatan kenderaan berat tidak melebihi 10 tan di jalan-jalan yang telah dikenalpasti dilalui oleh kenderaan berat iaitu :
- Lingkaran Sultan Abdul Samad 2
- Solok Sultan Abdul Samad 1
- Jalan Sultan Abdul Samad 1
- Jalan Sultan Abdul Samad 33
Selain daripada itu, pihak Majlis dalam penyediaan kelulusan sebutharga kecil (inden) bagi pemasangan ‘gantry’ sebagai ujikaji di jalan-jalan berkenaan.