Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

323) LESEN PERNIAGAAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis-jenis lesen perniagaan yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya DiRaja Klang bagi tahun lepas dan sehingga bulan Mei tahun ini?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Jenis dan bilangan lesen perniagaan yang telah diluluskan dari bulan Januari 2023 hingga Mei 2024 seperti jadual yang berikut :

    Bil. Jenis Lesen Jumlah Permohonan Jumlah Diluluskan Catatan
    1. Lesen Perniagaan dan Iklan Serta Merta 1,296 1,294 Aktiviti perniagaan tidak berisiko dan diproses dalam tempoh 1 hari bekerja
    2. Lesen Sementara Perniagaan dan Iklan 1,652 1,640 Aktiviti perniagaan kurang berisiko dan diproses dalam tempoh 3 hari bekerja.
    3. Lesen Perniagaan dan Iklan 417 406 Aktiviti perniagaan berisiko dan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
    4. Lesen Sementara Industri dan Iklan 566 562 Aktiviti industri yang dikategorikan tidak berisiko (selain 12 aktiviti industri berisiko) dan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
    5. Lesen Industri dan Iklan 430 426 Aktiviti industri yang dikategorikan sebagai berisiko (12 aktiviti) dan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja.
    6. Lesen Penjaja 376 227 Diproses dalam tempoh 14 hari bekerja.
  2. Berapakah jumlah lesen yang telah diluluskan?

Lampiran

Tiada Lampiran.