Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
320) DENGGI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah demam denggi di dalam Negeri Selangor terutamanya di kawasan DUN Selat Klang?
Berikut adalah statistik kes denggi di DUN Selat Klang bagi tahun 2023 & 2024 (ME 1-24)
DUN Tahun 2023 Tahun 2024 Jumlah kes denggi Jumlah Hotspot/ WTK Jumlah kes denggi Jumlah Hotspot/ WTK Selat Klang 261 kes 9 lokaliti 318 kes 10 lokaliti Nota: ME (Minggu Epid)
Kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, klinik-klinik kesihatan kerajaan dan klinik-klinik swasta sentiasa memberi kempen kesedaran, taklimat di taman perumahan, bangunan strata, sekolah, kuarters kerajaan dan tempat tumpuan awam dan bekerjasama dengan ketua-ketua komuniti dan pelbagai NGO tentang punca-punca setempat terjadinya jangkitan demam denggi dan situasi terkini denggi kepada masyarakat agar masyarakat sentiasa peka dan bertindak segera menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah dan persekitaran. Selain kempen kesedaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan ke atas premis-premis/ kilang-kilang juga dijalankan bagi membanteras pembiakan Aedes dan penularan demam denggi di tempat kerja.
Antara aktiviti terkini yang dilaksanakan adalah:
- Aktiviti pencegahan demam denggi di Pulau Ketam, DUN Selat Klang yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis dengan kerjasama PKD Klang & MBDK pada 1 hingga 3 Jun 2024;
- Aktiviti Gotong Royong Mega Perangi Aedes 1.0 di Pangsapuri PKNS, Bandar Sultan Sulaiman yg melibatkan kilang-kilang yang menempatkan pekerja di hostel. Program ini dipengerusikan oleh Ahli Majlis DUN Selat Klang dengan kerjasama PKD Klang dan MBDK pada 23 Jun 2024; dan
- Perkhidmatan Pest Control Operator (PCO) lantikan dari MBDK untuk aktiviti kawalan denggi di Klang (termasuk DUN Selat Klang).