Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

317) STATUS PEMILIKAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status kolam-kolam memancing ikan di kawasan Kampung Sungai Sireh dan Pelabuhan Klang dari segi perancangan dan pemilikan kolam-kolam tersebut?

    Status kolam-kolam memancing  ikan di kawasan Kampung Sungai Sireh yang telah dibina dan  sedang beroperasi pada masa ini adalah berstatus tanah Kerajaan  yang telah dikhaskan bagi tujuan awam iaitu suatu tapak untuk  keagamaan Islam (perkuburan Islam). Lokasi kolam memancing  tersebut berada di atas sebahagian Lot 169376, Mukim Klang  Daerah Klang yang telah dirizabkan melalui Warta Kerajaan Negeri  Selangor No.1108 bertarikh 14 Mac 2024 dan di atas sebahagian  tanah Kerajaan iaitu di Lot 3541, Mukim Klang, Daerah Klang yang  telah diwartakan melalui GN1809-25

    Seterusnya Yang Berhormat, berdasarkan semakan terdapat dua  (2) lokasi kolam memancing ikan yang dikenalpasti di Pelabuhan  Klang. Status bagi kolam-kolam memancing ikan di kawasan  Bandar Sultan Suleiman – Bagan Hailam adalah berstatus tanah  Kerajaan (rizab tanah dasar laut/rizab simpanan laut) yang telah  diluluskan untuk Lesen Pendudukan Sementara (LPS) di bawah  Seksyen 65 Kanun Tanah Negara oleh Pihak Berkuasa Negeri  melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ke-17/2021 bertarikh 5  Mei 2021 melalui kertas EXCO-MTES No.5/13/2021 yang telah  disahkan oleh MMKN ke-18/2021 pada 19 Mei 2021. Manakala,  lokasi kedua iaitu kolam memancing ikan di kawasan Jalan Jeti, Pendamar, Mukim Klang adalah berstatus tanah hakmilik iaitu di Lot  1839 dan Lot 1838, Pendamar, Mukim Klang, Daerah Klang.

    Yang Berhormat, bagi tapak-tapak kolam memancing yang  berstatus tanah Kerajaan, tapak tersebut perlu dikekalkan sebagai  tanah simpanan Kerajaan bagi memastikan keperluan di masa  hadapan bagi tujuan penyediaan tapak kemudahan awam dan penyelenggaraan Sungai/Laut dapat dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.