Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
316) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY OLEH MBI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Corporate Social Responsibility (CSR) yang dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam tahun 2022 dan 2023 dan nyatakan sumber pembiayaan CSR bagi kedua-dua tahun berkenaan?
Peruntukan CSR MBI Selangor untuk tahun 2022 adalah sebanyak RM32,900,000.00 manakala untuk tahun 2023 adalah sebanyak RM37,000,000.00. Jumlah keseluruhan peruntukan bagi tahun 2022 dan 2023 adalah sebanyak RM69,000,000.00.
Untuk makluman, terdapat dua (2) jenis sumber dana CSR di MBI iaitu :-
- Dana CSR MBI
- Wakalah Zakat MBI (Agihan semula zakat 3/8)
Bagi dana CSR MBI, pemohon/NGO/Pertubuhan/Agensi Kerajaan/Institusi Pendidikan mestilah beralamat/beroperasi di Selangor serta permohonan yang dipohon adalah berkaitan gundukan berikut :-
- Pendidikan
- Syariat & Syiar Islam
- Pendemokrasian & Pembangunan Komuniti
- Khas (Bencana Alam & Musibah)
Bagi dana Wakalah Zakat MBI, pemohon mestilah beralamat/beroperasi di Selangor serta tergolong dalam kategori asnaf berikut :-
- Asnaf fakir/miskin
- Asnaf fisabilillah/gharimin
Segala permohonan yang melebihi RM20,000.00 akan dibincangkan di dalam mesyuarat jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Kerja Tanggungjawab Sosial Korporat (JKTSK) dan Jawatankuasa Kerja Pelaksanaan Zakat (JKPZ) yang terdiri daripada Pengurusan MBI serta wakil daripada Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS). Mesyuarat ini akan dijalankan sekali pada setiap bulan.