Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
308) PELABURAN KERAJAAN NEGERI DALAM AGENSI DAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan agensi dan syarikat Kerajaan Negeri yang menerima pelaburan dari Kerajaan Negeri serta jumlah pelaburan. Kerajaan Negeri diminta untuk menyenaraikan syarikat yang membayar dividen dan jumlah dividen yang diterima daripada setiap pelaburan mulai tahun 2018 sehingga 2023.
Pada masa ini, dana Tabung Amanah Warisan Anak Selangor (TAWAS) berjumlah RM218 juta telah dilaburkan dalam mandat pengurusan khusus di bawah pengurusan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) menerusi Program Inisiatif Selangor Advance dalam Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Fasa ke-2 Tahun 2020. Skim yang telah dirangka oleh pihak MBI berkenaan dikenali sebagai Skim TAWAS dengan objektif jangka panjang sebagai persediaan bagi tujuan pembayaran Skim TAWAS pada tahun 2026. Sehingga 31 Disember 2023, keuntungan pelaburan belum direalisasikan adalah berjumlah RM38,255,807.31. Pada masa yang sama, bermula pada Februari 2021, Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS) telah membuat penyaluran pelaburan Saham Keutamaan Boleh Tebus dan Tidak Boleh Tukar (Redeemable Non Convertible Preference Shares -RNCPS) kepada Worldwide Holdings Berhad dengan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM150 juta bagi pelaksanaan Projek Loji Tenaga di Pulau Indah, Selangor. Sehingga tahun 2023, pulangan dividen yang telah diterima adalah berjumlah RM2,506,849.32.
Jumlah pelaburan dan dividen yang diterima sehingga 31 Disember 2023 daripada Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
BIL
ANAK SYARIKAT JUMLAH PELABURAN (RM)
DIVIDEN
(RM)
1. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
218,000,000.00 38,255,807.31
(keuntungan pelaburan belum direalisasikan)
2. Worldwide Holdings Berhad
150,000,000.00 2,506,849.32
JUMLAH KESELURUHAN
368,000,000.00 40,762,656.63