Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
307) KAWALAN PEMBANGUNAN GUNA TANAH (LANDUSE LIMITATIONS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah asas kelulusan projek pembangunan 570 unit pangsapuri yang mengandungi 2 blok setinggi 34 tingkat di atas Lot 1237 dan Lot 1240, Mukim Hulu Kelang untuk Maxims Circle Development Sdn Bhd dan beberapa projek pembangunan berkepadatan tinggi di kawasan yang sama? Nyatakan kawalan pembangunan guna tanah (landuse limitations) dalam Rancangan Tempatan yang digunapakai.
Asas kelulusan projek pembangunan 570 unit pangsapuri yang mengandungi 2 blok setinggi 34 tingkat di atas lot 1237 dan lot 1240, mukim Hulu Kelang untuk Maxims Circle Development adalah berdasarkan Rancangan Tempatan MPAJ (Pengubahan 2) 2020 yang telah diwartakan pada 21 Januari 2016 (nombor warta 295). Densiti bagi pembangunan ini adalah 90 unit per ekar iaitu selaras dengan ulasan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) melalui surat bertarikh 5 Disember 2022. Surat tersebut memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Rumah Selangorku Bilangan 4/2022 yang bersidang pada 20 September 2022 telah bersetuju secara dasarnya terhadap permohonan pihak pemaju bagi penyediaan Rumah Selangorku 3.0 Jenis TRIO dan Pangsapuri Harga Bebas di dalam satu lot / skim dengan densiti ketumpatan secara keseluruhan sebanyak 90 unit per ekar.