Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
298) KETERJAMINAN SEKURITI MAKANAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tahap semasa jaminan bekalan makanan dalam negeri atau self sufficiency level (SSL) Negeri Selangor?
Jaminan bekalan makanan atau Self Sufficiency Level (SSL) Negeri Selangor adalah pada tahap yang baik dimana bekalan makanan untuk rakyat Negeri Selangor masih mencukupi dengan pengeluaran tanaman makanan yang diusahakan di dalam Negeri Selangor dan juga sumbangan negeri-negeri lain.
-
Adakah 5 teras utama dalam Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) telahpun dilaksanakan? Apakah contoh pelaksanaannya?
5 Teras utama dalam Dasar Pelan Tansformasi Agro Selangor (PeTA) telah pun dilaksanakan seperti :
- Pertanian Bernilai Tinggi menggunakan teknologi moden seperti Internet of Things (IoT) yang dapat mengurangkan tenaga kerja luar. Pengunaan Effective Microorganism (EM) dan Mikrob dalam aktiviti pertanian dapat meningkatkan kesuburan tanah dan produktiviti tanaman.
- Penggunaan Teknologi Moden seperti dron dalam aktiviti pembajaan tanaman, pengurusan perosak dan penyakit serta pemantauan. Sistem penanaman di dalam bangunan atau lebih di kenali sebagai plant factory telah digunakan dalam pengeluaran tanaman sayuran daun. Ia dilaksanakan secara bertingkat untuk menjimatkan ruang dan telah dilaksanakan di kawasan-kawasan bandar di Negeri Selangor.
- Input Mesra Alam dalam aktiviti pertanian seperti penggunaan mikroorganisma berfedah setempat (IMO), asid amino dan baja organik.
- Pengeluaran Benih Tanaman yang Berkualiti dan rintang penyakit oleh Green World Genetics (GWG) seperti melon, jagung dan betik. Tapak pengeluaran benih kelapa matag dan SGG juga sedang dibangunkan di Negeri Selangor.
- Destinasi Agro Pelancongan yang telah dan sedang dibangunkan seperti Nazbell Cottage & Garden di Sabak Bernam, Lembah Peladang Agropark Campsite di Kuala Selangor, Projek Agropelancongan Tanaman Rock Melon dan Homestay Delima Tani di Klang, Projek Agropelancongan Tanaman Koko Kebun Lee’s Cocoa di Kuala Langat, Saudagar Nanas Agrofarm, HL Dragon Fruit Eco Farm dan Banghuris Homestay (Nasi Ambeng D’Rebung) di Sepang, Pusat Flora Cheras (Kelulut Kasih & Gadek Nursery) di Hulu Langat, Kebuniti Agropark di Petaling, Selangor Fruit Valley (SFV) di Gombak dan Kalumpang Agropark & Syarikat Dusun ABK Enterprise di Hulu Selangor.
- Pembangunan Agropreneur dengan melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang berdaya maju dalam bidang pertanian melalui kursus/latihan jangka pendek dan panjang seperti latihan penggunaan dron, teknologi internet of things (IOT), pengurusan perosak dan penyakit, teknologi pembajaan, pengurusan kesuburan tanah dan sebagainya. Setiap tahun kerajaan akan mengenalpasti agroprenuer untuk dijadikan Ikon seperti Cultiveat di Kg. Perepat Kapar, Klang