Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

296) PEMBIAKAN SERANGGA CHARLIE

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah jangka panjang yang boleh dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri melalui agensi berkaitan untuk mengekang pembiakan serangga charlie yang berterusan menyerang penduduk di Pangsapuri Melodi Perdana, Bandar Puncak Alam?

    Untuk makluman mana-mana perumahan strata terutamanya melibatkan rumah-rumah bertingkat adalah terletak dalam tanggungjawab Pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB). Oleh yang demikian mana-mana aduan atau isu adalah terletak dibawah JMB kecuali perkhidmatan kutipan sampah bawah tanggungjawab majlis. Sehubungan itu pembiakan serangga Cahrlie adalah di bawah tanggungjawab JMB dimana pihak JMB telah melantik kontraktor Pest Control Operator (PCO) dalam menangani masalah tersebut. Walaubagaimanapun pihak majlis telah memberi nasihat dan menjalankan pemantauan dan akan memberi bantuan jika perlu.

Lampiran

Tiada Lampiran.