Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

289) RIZAB KEWANGAN NEGERI UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR PUNCAK ALAM

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berdasarkan kalendar kewangan terkini, apakah status rizab kewangan bagi Negeri Selangor?

    Untuk makluman YB Jeram, Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri Selangor sehingga 25 Jun 2024 adalah stabil iaitu berjumlah RM4,445.51 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1,457.17 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2,988.35 juta.

  2. Dengan purata peningkatan rizab berada pada tahap 10.24% setakat Mei 2024, bolehkah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada lebihan rizab ini bagi tujuan pembangunan dan penambahan fasiliti awam khasnya di Bandar Puncak Alam?

    Untuk makluman YB Dato’, Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan sesuatu peruntukan yang meliputi perbelanjaan Mengurus dan Pembangunan sentiasa berpandukan prestasi kutipan hasil semasa. Ini penting dalam memastikan kemampanan hasil dan kawalan perbelanjaan dibuat tanpa membebankan Kerajaan Negeri.

    Kerajaan Negeri juga komited dalam penyediaan  dan penambahan fasiliti awam melalui penyaluran peruntukan pembangunan. Sebagai contoh penyaluran yang berkaitan adalah  peruntukan kepada:-

    i) JKR – membina dan naiktaraf jalan

    ii) JPS – membina dan naiktaraf saliran

    iii) JAIS – pembinaan institusi keagamaan

    Selain itu, penyelenggaraan jalan di seluruh negeri peruntukan juga diterima dari Kerajaan Persekutuan melalui Sistem Maklumat Rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS).

Lampiran

Tiada Lampiran.