Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

287) WARGA ASING DI TAMAN INDUSTRI ALAM JAYA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah butiran perancangan dan tindakan Kerajaan Negeri dalam mengekang limpahan pendatang asing tanpa izin yang bertambah dengan banyaknya di Bandar Puncak Alam khususnya di sekitar Taman Industri Alam Jaya?

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian serius berhubung isu kebanjiran warga asing terutamanya Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di seluruh Negeri Selangor termasuklah Dun Jeram. Di peringkat JIM Negeri Selangor, tindakan penguatkuasaan yang berterusan sentiasa dilaksanakan berdasarkan aduan-aduan awam yang telah diterima. Tindakan naziran secara berkala dilakukan sebagai salah satu langkah pemantauan bagi pekerja asing  di sekitar Bandar Puncak Alam khususnya Taman Industri Alam Jaya.

    JIM Negeri Selangor sentiasa memberikan kerjasama dan menyokong segala tindakan yang diambil oleh Pihak kerajaan Negeri dalam menangani isu kebanjiran warga asing terutama yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Lampiran

Tiada Lampiran.