Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
285) JAJARAN REL KITA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kajian telah dimulakan dan bila Keputusan kajian ini dapat diumumkan?
Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor dijangka akan bermula pada Julai 2024, di mana kajian tersebut akan mengambil masa enam bulan, yang akan merangkumi pelbagai aktiviti/ proses berkaitan termasuk pengumpulan data, analisis data dan penyediaan laporan kajian. Berdasarkan carta perbatuan yang ditetapkan dalam terma rujukan kajian, kajian dijangka akan selesai dilaksanakan pada akhir Disember 2024 dan laporan kajian akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri pada awal 2025.
-
Siapakah yang dilantik atau dipilih untuk terlibat melaksanakan kajian ini?
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dalam proses akhir untuk melantik perunding yang akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Jajaran Rel Selangor di mana pelantikan perunding kelak adalah berdasarkan keputusan Lembaga Perolehan Negeri Selangor.