Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

274) PENJENAYAH ALAM SEKITAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah langkah pencegahan yang telah dilakukan terhadap penjenayah alam sekitar yang melakukan kesalahan yang membabitkan pembakaran sampah haram & pencemaran bau?

    Beberapa tindakan telah dan sedang diambil bagi mencegah penjenayah alam sekitar melakukan kesalahan yang membabitkan pembakaran sampah haram dan menyebabkan pencemaran bau, antaranya adalah seperti berikut:

     

    • Rondaan pencegahan pembakaran terbuka terutamanya semasa cuaca panas dan kering;

     

    • Penurunan kuasa menyiasat kes-kes pembakaran terbuka kepada agensi-agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Perwakilan Kuasa)(Penyiasatan Pembakaran Terbuka) 2000;
    • Pengaktifan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Untuk Melaksanakan Program Pencegahan Kebakaran di Tanah Gambut (terbaharu pada 16 Februari 2024).
    • Meningkatkan penggunaan dron bagi tujuan pemantauan dan penguatkuasaan terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti mudah terbakar.

     

    • Mengeluarkan surat arahan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab ke atas tapak pelupusan sampah.

     

    • Mendapatkan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) / SWCorp dan Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) / PBT bagi pemantauan tapak-tapak pembuangan sampah haram bagi membanteras kewujudan tapak-tapak pembuangan sampah haram tersebut. Juga mengambil tindakan ke atas kes pembakaran terbuka di kawasan perumahan/ kejiranan di atas kesalahan kacau ganggu. JKT telah mengeluarkan surat kepada semua PBT untuk meningkatkan penguatkuasaan ke atas kes-kes pembakaran terbuka kejiranan, sampah sarap dan kawasan pembinaan.
    • Meningkatkan program Communication, Educational and Public Awareness (CEPA) kepada orang awam untuk larangan pembakaran terbuka dan kesan kepada kesihatan melalui media sosial dalam bentuk e-poster, infografik dan video pendek. Juga mengadakan sesi libat urus dengan komuniti dan pemegang taruh serta wawancara untuk hebahan larangan pembakaran terbuka.

     

    Dari segi tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap kes-kes pembakaran terbuka melibatkan tapak pelupusan sampah haram di Daerah Hulu Langat, sebanyak dua (2) Kertas Siasatan telah dibuka oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) semenjak tahun 2020 sehingga kini.

    Bagi mencegah pembakaran terbuka dan pencemaran bau, pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) juga telah menjalankan rondaan di kawasan “hot spot” di mana kerap berlaku kes kebakaran dan kebanyakan individu yang telah dikompaun tidak akan mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.

Lampiran

Tiada Lampiran.