Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
267) TANAH RIZAB MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah peratus tanah rezab melayu yang berbaki di DUN Semenyih berbanding jumlah asal?
Peratus Tanah Rizab Melayu yang berbaki di DUN Semenyih adalah seluas 8575.21 ekar iaitu 100% darpada jumlah asal. Terdapat sepuluh (10) Kawasan Tanah Rezab Melayu (TRM) dalam DUN Semenyih yang melibatkan tiga (3) mukim yang berkaitan iaitu Mukim Semenyih, Mukim Hulu Semenyih dan Mukim Beranang.