Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

266) CUKAI TAKSIRAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan berhasrat untuk menangguhkan kenaikan cukai ini?

    Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menangguhkan proses penilaian semula di PBT Negeri Selangor. 11 PBT di Negeri Selangor dalam proses penilaian semula dan Senarai Nilaian Baharu akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri untuk pengesahan sebelum dikuatkuasakan pada 1 Januari 2025. Bagi Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) Senarai Nilaian Baharu telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2024.

  2. Berapakah tunggakan hasil cukai di DUN Sementa?

    Tunggakan cukai taksiran bagi DUN Sementa adalah sebanyak RM5,808,628.00 melibatkan 8,417 pegangan.

  3. Apakah manfaat yang boleh diperolehi oleh rakyat?

    Tambahan hasil PBT daripada kenaikan cukai taksiran akan membolehkan PBT ntuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan seperti penyelenggaraan jalan dan longkang, lampu jalan, dewan orang ramai, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam serta landskap kepada orang ramai serta melaksanakan projek- projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan dewan orang ramai, pasar awam dan taman rekreasi.

Lampiran

Tiada Lampiran.