Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
262) SEKOLAH ASRAMA BANTUAN KERAJAAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri ada usaha untuk menambah bilangan sekolah asrama bantuan Kerajaan Negeri Selangor atau menaiktaraf sekolah harian di bawah Kerajaan Negeri kepada SABK?
Ya ada, Kerajaan Negeri akan mendirikan bangunan asrama bagi Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang, Sabak Bernam bagi menampung jumlah permintaan pelajar ke sekolah agama. Rancangan ini telah dimasukkan dalam RMK-12 serta akan dimulakan pada tahun 2025.
-
Mohon senaraikan 10 sekolah terbaik keputusan SPM tahun 2023 di Selangor.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan berdasarkan pencapaian calon dan prestasi mata pelajaran. Pencapaian calon merujuk kepada sejauh mana calon menguasai pembelajaran dalam semua mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan pencapaian calon di seluruh negeri adalah Gred Purata Negeri (GPN) manakala bagi pencapaian calon di sekolah adalah Gred Purata Sekolah (GPS). Nilai GPN atau GPS yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Pelaporan analisis keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 adalah berdasarkan semua calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya 6 mata pelajaran paling minima yang boleh calon ambil untuk menduduki peperiksaan tidak termasuk calon mengulang. Analisis keputusan peperiksaan ini berdasarkan Kategori Calon yang berdaftar seramai 65,452 calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, seramai 317 calon Sekolah Agensi Kerajaan, seramai 198 calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 2,766 calon Sekolah Swasta yang berjumlah seramai 68,733 calon tidak termasuk calon persendirian yang berjumlah seramai 4,190 di negeri Selangor. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor telah menguruskan seramai 72,923 keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2023 di negeri Selangor.
Pada keseluruhannya pencapaian calon peperiksaan SPM Tahun 2023 di Selangor adalah meningkat berdasarkan indeks GPN berbanding tahun lepas. Nilai GPN 4.67 mata pada tahun 2023 berbanding 4.80 pada tahun 2022 iaitu perbezaan sebanyak 0.13 mata. Berdasarkan peningkatan pencapaian ini kebanyakan sekolah-sekolah di negeri Selangor menyumbang kepada peningkatan pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM 2023. Senarai di Jadual 1 menunjukkan antara 10 sekolah terbaik keputusan SPM tahun 2023 di Selangor berdasarkan indeks pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS).
BIL KOD SEKOLAH SEKOLAH DAERAH GPS 1 BEA9607 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI PUTERI SEPANG 1.28 2 BRA7002 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK GOMBAK 1.38 3 BFT8002 SAM BESTARI PETALING PERDANA 1.41 4 BEA5067 SEKOLAH MENENGAH SAINS HULU SELANGOR HULU SELANGOR 1.56 5 BRA4003 SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG HULU LANGAT 1.62 6 BRA7001 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG GOMBAK 1.62 7 BRA0001 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG 1.64 8 BEA3083 SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR 1.68 9 BEA1074 SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING KUALA LANGAT 1.85 10 BRA4001 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA MAAHAD HAMIDIAH HULU LANGAT 2.00 Jadual 1