Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

255) PRESTASI PELABURAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapa peratus KDNK Kerajaan Negeri sejak 2019-2023?

    Peratus KDNK Kerajaan Negeri sejak 2019 – 2022 seperti jadual berikut;-

    Jadual Pencapaian Ekonomi Selangor.

    Bil. Perkara Tahun
    2019 2020 2021 2022
    1. Sasaran Sumbangan Selangor Kepada KDNK Negara        
    2. Pertumbuhan KDNK Negara 4.3 -5.6 3.1 8.7
    3. Pertumbuhan KDNK Selangor 6.7 -5.3 5 11.9
    4. Peratus Sumbangan Selangor Kepada KDNK Negara 24.1 24.3 28.8 25.5
    5. Peratus Kenaikan 0.4 0.2 0.5 0.7
    6. Nilai Pertumbuhan KDNK Selangor (Billion) 344.5 326.8 344 384.9

    *Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

     

    Prestasi Mengikut Sektor, Peratus Sumbangan Dan Nilai Tambah

    TAHUN
    Bil, Sektor 2019 2020 2021 2022
    1 Sektor Perkhidmatan 7(214.2B) -6.8(199.9B) 2.2(204.5B) 13.6(233.1B)
    2 Sektor Pembuatan 5.3(95.9B) -0.6(95.3B) 13.1(107.8B) 9.0(117.2B)
    3 Sektor Pertanian  4.1(4.7B) 0.3(4.7B) 4.9(5B) -1.6B(4.9B)
    4 Sektor Pembinaan  10.5(20.6B) -9.7(18.7B) -6.6(17.4B) 4.1(18.2B)
    5 Sektor Perlombongan Dan Pengkuarian 5(763.5J) -6.9(799.4J) -3(733J) 9.7(777J)

    *Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

  2. Berapakah jumlah pelaburan terus dari dalam dan luar negara kepada Kerajaan Negeri sejak 2019-2023? Berikan jumlah mengikut pecahan DDI & FDI.

    Jumlah pelaburan terus dari dalam dan luar negara kepada Kerajaan Negeri sejak 2019 – 2023 mengikut pecahan DDI & FDI seperti berikut;-

    • Kelulusan projek pelaburan dalam sektor pembuatan;
    Tahun Sektor Pembuatan / Perkilangan
    Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2019 315 21,085 6,625,375,674 10,414,860,687 17,040,236,361
    2020 324 19,950 11,479,144,002 6,946,018,121 18,425,162,123
    2021 247 14,393 6,052,770,679 1,458,273,188 7,511,043,867
    2022 265 15,665 4,642,009,401 7,565,739,313 12,207,748,714
    2023 234 12,568 5,634,286,972 13,675,052,355 19,309,339,327
               
    Jumlah 1,385 83,661 34,433,586,728 40,059,943,664 74,493,530,392

    * Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

     

    • Kelulusan projek pelaburan dalam sektor perkhidmatan;
    Tahun Sektor Perkhidmatan
    Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    2019 1,195 13,507 27,627,497,784 3,374,366,293 31,001,864,077
    2020 1,022 14,955 18,757,472,404 1,738,438,174 20,495,910,578
    2021 1,069 12,979 19,679,085,121 1,826,283,435 21,505,368,556
    2022 1,105 25,866 22,799,875,882 25,464,483,867 48,264,359,749
    2023 1,077 20,305 32,267,313,649 3,662,328,302 35,929,641,951
               
    Jumlah 5,468 87,612 121,131,244,840 36,065,900,070 157,197,144,911

    * Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

  3. Apakah usaha-usaha menarik pelabur dan meningkatkan FDI & DDI Negeri Selangor?

    Dalam usaha menarik pelabur dan meningkatkan FDI & DDI Negeri Selangor Kerajaan Negeri melaksanakan beberapa langkah seperti berikut;-

     

    • Mewujudkan Wilayah Ekonomi Baharu seperti IDRISS, SABDA dan Selangor Maritime Gateway (SMG) dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membawa keseimbangan pembangunan ke luar kawasan Lembah Klang.

     

    • Melaksanakan program – program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di dalam dan luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan bagi menarik pelaburan baru dan penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada.

     

    • Memberi penekanan kepada industri – industri tumpuan seperti Sains Hayat, Pembuatan Makanan dan Minuman (F&B), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik, Kelengkapan Pengangkutan seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan bagi sektor pembuatan / perkilangan.

     

    • Manakala bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan memberi penumpuan kepada industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.

     

    • Memperkenalkan dan mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui penganjuran program – program pameran tahunan bertaraf antarabangsa seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS).

     

    • Memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, dan Selangor Lab Partnership Program bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur serta membantu mempercepatkan perlaksanaan projek – projek pelaburan yang dirancang.

     

    • Menggalakkan pembangunan kawasan – kawasan industri baru yang kondusif berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) untuk keperluan para pelabur.

     

    • Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara berkala setiap bulan bagi membantu menyelesaikan isu – isu pelaburan yang dihadapi oleh pihak pelabur agar cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.