Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

241) PROJEK NAIK TARAF JALAN REKO

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek naik taraf Jalan Reko, Kajang?

    Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Laluan B17 (Jalan Reko:  Fasa 2), Daerah Hulu Langat, Selangor sepanjang 3.5 km bermula dari persimpangan Jalan Kelisa 1 sehingga ke persimpangan Lebuhraya SILK. Bagi status semasa, projek ini dalam proses pewartaan di bawah Seksyen 4 dan Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 oleh PDT Hulu Langat. Projek ini dirancang untuk ditender pada Oktober 2024 dan tempoh pembinaan mengambil masa selama 42 bulan.

Lampiran

Tiada Lampiran.