Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

238) AUDIT PENGURUSAN MASJID

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapa banyak masjid dalam Selangor yang sudah dikenalpasti untuk dibuat audit pengurusan bagi tahun 2023-2024?

    MAIS tidak melaksanakan audit pengurusan. Pengauditan yang dilaksanakan oleh MAIS adalah pengauditan penyata kewangan masjid. Garis Panduan Pengurusan Masjid menetapkan penyata kewangan masjid hendaklah diaudit oleh Pemeriksa Kira-kira, Juruaudit Swasta atau Audit Dalam MAIS. Bagi Penyata Kewangan Tahun 2022, sebanyak 263 penyata kewangan telah diaudit dan dihantar ke MAIS manakala bagi penyata kewangan Tahun 2023 yang tarikh akhir penghantarannya pada 30 Jun 2024, sebanyak 72 penyata kewangan masjid telah dihantar ke MAIS.

  2. Apakah perkara yang diaudit?

    Pengauditan Penyata Kewangan Masjid merangkumi elemen:

     

    1. Kawalan Pengurusan Kewangan
    2. Kawalan Terimaan
    3. Kawalan Perbelanjaan; dan
    4. Kawalan Sewaan.
  3. Apakah hasil audit berkenaan boleh dibentangkan ke Jawatankuasa PAC?

    Bergantung kepada ketetapan MAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.