Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

226) BANTUAN WARGA EMAS (BWE) & SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah statistik penerima Bantuan Warga Emas (BWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mengikut daerah bagi tahun 2020 hingga 2023?

    Statistik penerima Bantuan Warga Emas (BWE) di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mengikut daerah bagi tahun 2021 hingga Mei 2024 seperti berikut :

    BIL DAERAH TAHUN
    2021 2022 2023 MEI 2024
    1 Petaling 649 680 738 738
    2 Hulu Langat 1,937 1,949 2,130 2,174
    3 Gombak 1,059 1,123 1,419 1,508
    4 Klang 1,719 1,736 2,081 2,123
    5 Kuala Selangor 465 465 534 571
    6 Hulu Selangor 1,606 1,580 1,565 1,570
    7 Kuala Langat 1,040 1,016 876 835
    8 Sepang 366 367 447 443
    9 Sabak Bernam 644 622 580 564
    10 Shah Alam 250 256 287 298
    11 Subang Jaya 631 653 935 1,000
      JUMLAH 10,366 10,447 11,592 11,824

     

    Bantuan yang disalurkan pada tahun 2021 adalah berjumlah RM45.7 Juta. Bagi tahun 2022 berjumlah RM 46.1 juta, tahun 2023 RM67.6 juta. Manakala dari Januari sehingga Mei 2024 sejumlah RM 29.2 juta telah disalurkan kepada penerima bantuan warga emas di Negeri Selangor.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bercadang menambah baik inisiatif Skim Mesra Usia Emas (SMUE) selain pemberian baucar beli-belah RM150/setahun dan khairat kematian sebanyak RM500?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri mengekalkan inisiatif Skim Mesra Usia (SMUE) dengan pemberian baucar beli-belah RM150/setahun dan khairat kematian sebanyak RM500 kepada ahli berdaftar dengan Program Skim Mesra. Selain itu, Kerajaan Negeri sedang merancang pelan tindakan bagi meningkatkan kualiti hidup warga emas dengan menggalakkan warga emas yang aktif dan produktif. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri akan melaksanakan kajian khusus bagi mengetahui keadaan semasa dan keperluan warga emas bagi merangka inisiatif yang berasaskan data.

Lampiran

Tiada Lampiran.