Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
221) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah proses lantikan penilaian wajar atau ‘due diligence' Syarikat Redland Sdn. Bhd. dibuat bagi membangun Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
Yayasan Selangor telah melantik Konsultan Pengurusan Projek (PMC) yang bergabung dengan sebuah syarikat hartanah terkemuka berpengkalan di Amerika Syarikat dan mempunyai cawangan tempatan untuk mengendalikan proses penilaian kertas cadangan supaya proses-proses yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar dan telus. Syarikat-syarikat yang disenarai pendek telah melalui proses penilaian sewajarnya dimana semua maklumat syarikat, pemilik, pengarah dan kedudukan kewangan syarikat disahkan oleh pihak PMC. Kemudiannya syarikat yang disenarai pendek telah melalui beberapa siri temuduga dan perbincangan bagi mendapat pencerahan mengenai cadangan yang dikemukakan. Setiap langkah pengumpulan dan penilaian kertas cadangan telah dilaporkan dan dipersetujui didalam mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. Tujuannya adalah untuk menentukan ketelusan proses dan semua pihak Pengurusan Yayasan Selangor sedia maklum status terkini. Syarikat Redland USJ Summit Properties Sdn. Bhd. adalah antara syarikat yang disenarai pendek dan telah melalui proses penilaian yang dinyatakan tadi.
-
Senaraikan penyewa terkini di Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang berserta kadar sewa yang dikenakan.
i. Tetuan Access Smartstreet Sdn Bhd – RM7,150.00 sebulan
ii. Tetuan TWA Malaysia Sdn Bhd – RM40,000.00 sebulan
iii. Tetuan Metro Parking Sdn Bhd – Profit sharing 60:40% (average yang diterima YS setiap bulan RM5,000.00)
-
Berapa jumlah kutipan sewaan perbulan di Bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang bagi tahun 2022 hingga Jun 2024?
PENYEWA 2022
2023
2024 (Sehingga Jun)
Access Smartstreet RM78,650.00 RM85,800.00 RM46,475.00 TWA Malaysia RM65,250.00 (April Hingga Sept 2022)
(RM10,875 sebulan)
RM480,000.00 RM260,000.00 Metro Parking RM14,544.90 (Oktober Hingga Disember 2022)
RM93,002.29 RM17,302.75 Jumlah Keseluruhan RM158,444.90 RM658,802.29 RM323,777.75