Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

210) PEMBERIMILIKAN TANAH BAWAH SEKSYEN 76 KTN BAGI PENDUDUK SETINGGAN & PENEROKA BANDAR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Pemberimilikan tanah bawah seksyen 76 KTN bagi penduduk setinggan & peneroka bandar. Sejauhmana Kerajaan Negeri serius menangani perkara ini dan apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk menangisi isu ini?

    Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah untuk membantu penduduk setinggan dalam proses pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965. Berikut adalah beberapa langkah utama:

     

    1. Permohonan Pemberimilikan Tanah: Penduduk setinggan dan peneroka bandar boleh memohon untuk memiliki tanah kerajaan melalui Pejabat Tanah dan Daerah;
    2. Penilaian Tanah: Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) akan menjalankan penilaian ke atas tanah yang dipohon. Penilaian ini berdasarkan nilai pasaran tanah dan faktor-faktor seperti kegunaan tanah, keadaan tanah, dan lokasi.
    3. Bayaran Premium: Setelah permohonan diluluskan, pemohon perlu membayar premium kepada Pihak Berkuasa Negeri.
    4. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan garis panduan dan dasar baharu untuk memudahkan proses pemberimilikan tanah. Ini termasuk prosedur operasi standard (SOP) untuk permohonan secara berkelompok dan penentuan kadar premium yang lebih adil.
    5. Penglibatan Komuniti: Kerajaan juga melibatkan komuniti setempat dalam proses ini untuk memastikan keperluan dan kepentingan penduduk setinggan dan peneroka bandar diambil kira
  2. Apakah kerajaan menangani perkara di atas bagi mereka yang asnaf atau tidak mampu untuk mengikuti pelan yang direncanakan serta apa pelan Kerajaan Negeri berkenaan perkara ini?

    Bagi golongan asnaf atau tidak mampu mengikuti pelan yang direncanakan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Selangor (LPHS) telah memperuntukkan RM10 juta di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku bagi membantu golongan asnaf atau tidak mampu yang sukar mendapat pembiayaan perumahan memiliki rumah dengan konsep sewa dan milik.

    Selain itu, Kerajaan turut berusaha meringankan beban rakyat untuk memiliki rumah pertama dengan mewujudkan Skim Selangor Smart Home Buyers menerusi pendahuluan bayaran deposit sebanyak sepuluh peratus bagi belian rumah Selangorku jenis B dan C

Lampiran

Tiada Lampiran.