Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

201) PRESTASI SPM, STPM DAN STAM PADA TAHUN 2022 – 2023 DI SEKOLAH-SEKOLAH MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SELANGOR (MITS)

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan prestasi pencapaian STEM dalam SPM 2022 dan 2023.

    Pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS) STEM  SPM bagi sekolah Maahad Integrasi Tahfiz Selangor ( MITS) bagi tahun 2022- 2023 adalah seperti berikut:

    MITS Alam Impian, Klang –

    GPS 4,20 (2023) dari GPS 3,86 (2022). Menurun -0.34

     

    MITS Bagan Lalang, Sepang –

    GPS 3,65 (2023) dari GPS 3,12 (2022). Menurun -0.53

     

    MITS Bagan Terap, Sabak Bernam-

    GPS 3,29 (2023) dari GPS 3,95 (2022). Meningkat 0.66

     

    MITS Istana Bandar, Kuala Langat –

    GPS 3,98 (2023) dari GPS 3,71 (2022). Menurun -0.27

  2. Apakah inisiatif terkini dalam meningkatkan kualiti pembelajaran STEM?

    Inisiatif terkini dalam meningkatkan kualiti pembelajaran STEM adalah seperti berikut:

    1. Membekalkan tenaga pengajar berdasarkan opsyen mata pelajaran.
    2. Mengadakan kelas tambahan mata pelajaran berkaitan.
    3. Mengadakan seminar kecemerlangan bagi mata pelajaran STEM.
    4. Melaksanakan kolaborasi bersama institusi pendidikan yang berhampiran, contohnya MITS Istana Bandar bersama Sekolah Menengah Sains Jugra.
    5. Memperuntukkan Bantuan Geran Perkapita (PCG) bagi mata pelajaran melalui kerajaan Negeri.
    6. Pendedahan awal melalui sesi kaunseling kerjaya kepada murid.
    7. Menawarkan biasiswa Huffaz Profesional kepada murid-murid di MITS.
  3. Adakah wujud MOA bersama IPT untuk melanjutkan pengajian dalam STEM?

    Buat masa ini Kerajaan tiada mewujudkan MOA Bersama IPT bagi melanjutkan pengajian STEM, walaubagaiamanapun pelajar akan dapat melanjutkan         pengajian STEM berdasarkan merit yang diperoleh oleh setiap pelajar.

Lampiran

Tiada Lampiran.