Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

199) PELEBARAN JALAN BAGI MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS DI SIMPANG MASUK KE PERSIARAN SAUJANA UTAMA 1 KE JALAN BIDARA 9, BIDARA 9/3

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan MPKS untuk melebarkan jalan Simpang Masuk Ke Persiaran Saujana Utama 1 ke Jalan Bidara 9, Bidara 9/3?

    Pihak MPKS telah mengemukakan permohonan peruntukan pada tahun 2023 bagi tajuk cadangan menaiktaraf kawasan persimpangan Persiaran Elmina 1/1 dan Persiaran Saujana 1, Bandar Saujana , Ijok di bawah permohonan projek bagi Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12) kepada pihak UPEN untuk dibawah ke pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan, ICU, JPM. Sehubungan dengan perkara tersebut juga pihak dalam proses tawaran perolehan kerja dan lantikan bagi kerja-kerja melebarkan laluan jalan keluar masuk di atas kawasan pembetung (Culvert) di Jalan Bidara 9/3 Saujana Utama bagi mengatasi masalah laluan sempit serta mengganggu kelancaran lalulintas.Pihak MPKS menjangkakan kerja-kerja akan dimulakan pada bulan Ogos 2024 serta dinjangka siap pada bulan Oktober 2024.

  2. Berapakah anggaran kos kerja-kerja pelebaran jalan ini?

    Bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf kawasan persimpangan Persiaran Elmina 1/1 dan Persiaran Saujana 1, Bandar Saujana , Ijok pihak MPKS telah memohon peruntukan berjumlah RM1,700,000.00 di bawah permohonan projek bagi Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12). Manakala bagi kerja-kerja melebarkan laluan jalan keluar masuk di atas kawasan pembetung (Culvert) di Jalan Bidara 9/3 Saujana Utama bagi mengatasi masalah laluan sempit anggaran kos kerja di anggaran berjumlah RM 250,000.00

  3. Bilakah projek ini akan dimulakan?

    Permohonan peruntukan bagi cadangan kerja-kerja menaiktaraf kawasan persimpangan Persiaran Elmina 1/1 dan Persiaran Saujana 1, Bandar Saujana, Ijok di bawah permohonan projek bagi Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe12) masih dalam pertimbangan serta tiada sebarang kelulusan setakat ini.

    Manakala bagi kerja-kerja melebarkan laluan jalan keluar masuk di atas kawasan pembetung (Culvert) di Jalan Bidara 9/3 Saujana Utama bagi mengatasi masalah laluan sempit Pihak MPKS menjangkakan kerja-kerja akan dimulakan pada bulan Ogos 2024 serta dinjangka siap pada bulan Oktober 2024.

Lampiran

Tiada Lampiran.