Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

197) CUKAI PINTU UNTUK KAMPUNG TRADISI DAN KAMPUNG BAHARU

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perkhidmatan yang diterima daripada cukai pintu yang dikenakan di kampung tradisi?

    Perkhidmatan yang diterima oleh penduduk kampung tradisi secara  langsung adalah pengurusan sisa pepejal. Namun, perkhidmatan  secara tidak langsung, telah dilaksanakan oleh PBT sebagai contoh  lampu jalan di jalan-jalan utama menuju ke kawasan penduduk dan  selain bantuan-bantuan yang dilaksanakan ketika bencana. Selain itu,  pembangunan fasiliti dan kemudahan awam seperti pasar awam,  dewan dan tandas awam yang lebih selesa dapat dimanfaatkan oleh  penduduk.

  2. Apakah kriteria yang ditetapkan untuk pengecualian cukai pintu?

    Kerajaan Negeri telah menetapkan syarat kelayakan untuk mendapat pengecualian cukai taksiran kediaman kampung seperti berikut:

     

    1. Pemilik pegangan yang mempunyai keluasan kurang dari 2,000 kaki persegi sahaja;
    2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di negeri Selangor;
    3. Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000.00 dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini adalah termasuk pendapatan pasangan yang bukan merupakan warganegara);
    4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau satu rumah sahaja; dan
    5. Hanya pemilik harta yang berdaftar sahaja boleh memohon
  3. Siapakah yang menilai dan memberikan kelulusan pengecualian tersebut?

    Semua permohonan pengecualian cukai taksiran kediaman kampung akan dinilai dan diluluskan oleh PBT masing-masing mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri. Seterusnya, semua keputusan pengecualian cukai taksiran kediaman kampung tersebut akan dibentangkan kepada Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.