Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
195) STATUS PENEROKA BANDAR DI TANAH RIZAB KTM DI SEPANJANG JALAN RANTAU PANJANG, TELOK PANGLIMA GARANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status peneroka bandar di tanah rizab KTM di sepanjang Jalan Rantau Panjang, Telok Panglima Garang?
Pentadbir Tanah Kuala Langat ingin memaklumkan bahawa berdasarkan semakan charting di Unit Pelan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat mendapati jajaran jalan tersebut adalah rizab jalan dan bukan tanah rizab KTM. Pentadbir Tanah Kuala Langat telah mengadakan bancian di sepanjang jajaran tersebut dan mendapati lebih kurang 16 struktur binaan tanpa kebenaran melibatkan struktur bangunan kediaman, kedai makan dan lain-lain terdapat di atas rizab jalan tersebut. Pentadbir Tanah Kuala Langat juga telah mengeluarkan Notis Amaran Pendudukan Secara Tidak Sah di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) pada 12 Julai 2023. Tindakan penguatkuasaan terpaksa ditangguhkan ketika itu kerana memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri ke 15 pada 13 Ogos 2023.