Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
193) PERPUSTAKAAN DESA TAMAN SRI MEDAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pembangunan perpustakaan desa Taman Sri Medan?
- Pada 1 Februari 2024, pihak perunding telah menghantar semula dokumen berkenaan permohonan pengesahan geologi tapak bagi kelulusan penuh KM kepada Jabatan Mineral Dan Galian (JMG).
- Surat pengecualian serahan Rezab Jalan dan Khidmat telah di keluarkan oleh JKR pada 16 April 2024.
- Pelan KM (Pematuhan Syarat) telah dikemukakan kepada MDKL pada 6 Mei 2024 setelah pengecualian Rezab Jalan dikeluarkan oleh JKR.
- Perunding menunggu kelulusan penuh KM dikeluarkan oleh Jabatan Perancang MDKL.