Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
181) PUSAT INKUBATUR PERTANIAN PEKAN BATU 18
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah perancangan pembangunan ataupun baikpulih di kawasan tersebut?
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberi kelulusan dan peruntukan bagi kerja naiktaraf bangunan pemprosesan di bawah tajuk Projek Pembangunan Usahawan Pertanian & Industri Makanan (Pusat Pemprosesan, Pembungkusan Dan Pemasaran Industri Makanan -Pusat 3P) dan waran peruntukan telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Selangor pada tarikh 13.6.2024. Peruntukan tersebut adalah bagi kerja menaiktaraf pusat inkubator yang akan dilaksanakan pada Ogos 2024.
Untuk makluman, buat masa ini terdapat dua (2) orang peserta yang menyewa di tapak ini seperti di butiran berikut:-
- Nama : Muhammad Sirajuddin Bin Md Riduan
Kadar Sewaan : RM404 Sebulan
Projek : Makanan sejuk beku
Tempoh Sewaan : 3 Tahun (1 Mac 2023 – 28 Feb 2026)
- Nama : Fauzi bin Majid
Kadar Sewaan : RM340 Sebulan
Projek : Kraftangan
Tempoh Sewaan : 3 Tahun (1 Mac 2023 – 28 Feb 2026)