Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
176) KEBAJIKAN KAKITANGAN AWAM DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah program kebajikan yang disediakan untuk penjawat awam di Selangor?
Pada masa kini, Kerajaan Negeri tiada program khusus yang disediakan untuk penjawat awam di Selangor. Namun Kerajaan Negeri ada menyediakan program Iltizam Selangor Penyayang yang boleh dipohon oleh orang awam termasuk juga dikalangan penjawat awam.
-
Adakah program seperti Ready To Work yang dilaksanakan PERKESO untuk penjawat yang hilang upaya disediakan di Selangor?
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, Program pengurusan hilang upaya atau Return To Work PERKESO adalah merupakan program pengurusan hilang upaya yang dilaksanakan oleh PERKESO dalam membantu pencarum yang layak di bawah Akta mengalami cedera atau menghidapi penyakit untuk dipulihkan dan kembali semula bekerja lebih awal, sihat dan selamat. Setiap pencarum PERKESO yang mengikuti Program Return To Work akan melalui proses pemulihan yang sistematik dan berteraskan konsep biosikososial yang merangkumi faktor biofizikal, pisikologikal dan sosial yang perlu ditangani dalam membantu mereka kembali semula bekerja.
Berdasarkan statistik PERKESO dari tahun 2023 sehingga 20 Jun 2024, seramai 33,979 orang berinsurans (OB) telah mengikuti Program Return To Work di seluruh negara di mana seramai 24,796 telah kembali ke dunia pekerjaan. Bilangan orang berinsurans (OB) di negeri Selangor yang mengikuti program ini dalam tempoh yang sama adalah seramai 5,190 orang. Antara latihan yang yang ditawarkan di bawah program ini adalah seperti;
- Program rehabilitasi iaitu membantu Orang Berinsurans (OB) dan golongan pekerja untuk dipulihkan secara fizikal dan vokasional sehingga akhirnya kembali ke alam pekerjaan dan masyarakat dengan keupayaan yang maksimum.
- Program Return To Work Coodinator(RTWC) adalah satu kursus latihan untuk majikan yang berhasrat untuk menubuhkan program pemulihan mereka sendiri untuk pekerja yang sakit dan kurang upaya.
- Bengkel RTWC ini adalah bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti individu ini dengan menawarkan mereka sokongan fizikal dan mental di tempat kerja.
- Program RTWPreneur merupakan program pendidikan dan latihan keusahawanan kepada peserta yang baru memulakan perniagaan, membantu mereka memahami asas-asas perniagaan, pengurusan kewangan, pemasaran, dan keperluan undang-undang perniagaan.
- Program PERKESO Wellness Responder at Workplace “(POWER@Work)” ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemahiran-kemahiran asas perkhidmatan menolong.
- Program Workplace Support Intervention(WSI) ini memfokuskan kepada gabungan konsep pengurusan hilang upaya, sokongan pekerjaan (job coaching) dan elemen pencegahan dalam konteks keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
-
Setakat ini berapa bilangan penjawat yang diberikan pencen ilat disebabkan hilang upaya mengikut tahun dan jenis upaya?
Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Yang Mulia ini, PERKESO menyediakan perlindungan keselamatan sosial bagi penjawat awam yang berstatus Contract for Service di mana mereka boleh mencarum seperti yang diperuntukan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 [Akta789]. Pencarum di bawah Akta 789 ini adalah layak dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan yang meliputi Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Faedah Orang Tanggungan, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani / Vokasional dan Faedah Pendidikan. Berdasarkan statistik PERKESO bagi tempoh Januari sehingga Jun Jun 2024, jumlah kes tuntutan dibayar bagi faedah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri di negeri Selangor adalah seperti berikut;
Jenis Faedah Bilangan Kes Hilang Upaya Sementara 264 Hilang Upaya Kekal 87 Faedah Orang Tanggungan 1 Pengurusan Mayat 5