Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

162) PROJEK DRT SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah penilaian dibuat dalam proses pembuktian konsep (POC) bagi projek rintis DRT di Selangor?

    Tujuan utama pelaksanaan proses pengujian Proof of Concept (POC)
    Projek Rintis DRT adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengenalpasti keberkesanan perkhidmatan DRT dan kaedah pelaksanaan paling yang sesuai. Hasil dapatan daripada proses pengujian POC Projek Rintis DRT akan digunakan sebagai panduan dalam perancangan untuk pelaksanaan perkhidmatan DRT sepenuhnya merangkumi, antara lain, jumlah pengguna, demografi pengguna, lokasi tumpuan, zon-zon pelaksanaan yang berimpak tinggi, mutu perkhidmatan dan dari segi kewangan.

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri bagi memastikan DRT mesra wanita, OKU dan warga emas?

    Penyesuaian ke atas perkhidmatan DRT yang mesra wanita, warga emas dan OKU akan diambilkira mengikut kewajaran, sekiranya perkhidmatan DRT dilaksanakan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.