Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

151) KAWALAN CUKAI PINTU BAGAI PROJEK YANG TERGENDALA

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang akan diambil untuk mengawal cukai pintu bagi projek yang tergendala tetapi CCC telah dikeluarkan, namun pembangunan telah terbengkalai?

    Projek pembangunan yang terbengkalai / projek yang tergendala, cukai taksiran yang dikuatkuasakan adalah berdasarkan nilaian tanah kosong. Penilaian cukai taksiran ke atas bangunan akan hanya dikuatkuasakan setelah bangunan siap dan sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan oleh PBT.

  2. Apakah pemilik masih lagi dikenakan cukai pintu penuh, terutama sekali apabila cukai pintu tersebut telah lama tertunggak?

    Jika projek pembangunan yang terbengkalai, cukai taksiran ke atas tanah kosong masih berkuatkuasa dan pemilik masih bertanggungjawab untuk membayar cukai taksiran semasa dan tunggakan.

  3. Adakah tuntutan Majlis juga dihadkan dibawah Akta Had Masa 1953?

    Akta Had Masa 1953 terpakai ķepada semua PBT di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.