Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
148) KES TANAH RUNTUH TAMAN BUKIT PERMAI 2022
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan Ex-Gratia Bencana kepada keluarga mangsa yang mengalami kerugian harta-benda?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan Ex-Gratia Bencana kepada keluarga mangsa selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 9/2022 bertarikh 6 April 2022 yang telah menimbangkan dan meluluskan peruntukan bagi bencana tanah runtuh dan jatuhan bongkah batu di Mukim Ampang, Daerah Hulu Langat seperti berikut:
- Bersetuju anggaran kos peruntukan berjumlah RM1,609,830.00 bagi kerja-kerja pembaikan dan Bantuan Wang Ihsan akibat bencana tanah runtuh seperti berikut:
Bil Perkara Kos (RM) Sumber Peruntukan 1 Kerja-kerja baik pulih cerun di Pangsapuri Intan, Taman Bukit Permai 1,471,830.00 Kerajaan Negeri 2 Kematian (4 keluarga x RM10,000)
40,000 MBI 3 Mangsa cedera (1 orang x RM5,000)
5,000 4 Rumah rosak (11 unit x RM5,000)
55,000 5 Bantuan penduduk yang kosongkan rumah (70 unit x RM500)
35,000 Tabung Amanah Bencana Negeri 6 Bantuan kereta rosak (6 unit x RM500)
3,000 Jumlah RM1,609,830.00 - Bersetuju agar peruntukan berjumlah RM1,471,830.00 disalurkan kepada MPAJ bagi kerja-kerja baik pulih runtuhan cerun; dan
- Bersetuju supaya MPAJ melaksanakan kaedah perolehan secara rundingan terus bagi menyegerakan proses dan kerja-kerja baik pulih runtuhan cerun atas faktor keselamatan dan kesegeraan dengan mematuhi peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.
-
Apakah Unit Pengurusan Bencana Pejabat SUK dapat membantu mereka yang kini ditolak dan tidak dapat pampasan daripada syarikat insurans?
Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya, pemberian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berbentuk Bantuan Wang Ihsan sahaja. Ia tidak meliputi pampasan harta benda seperti yang disediakan oleh syarikat-syarikat insurans yang tertakluk kepada syarat-syarat syarikat penyedia perkhidmatan insurans terbabit.