Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
146) PTRS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa pelajar telah mendaftarkan diri dalam Program Tuisyen Rakyat Selangor dan apakah rancangan kerajaan bagi memupuk perhatian kepada program ini?
Pada tahun 2024, sasaran penerima manfaat tidak tertumpu hanya untuk pelajar SPM sahaja bahkan akan diperluaskan untuk pelajar Tingkatan 4. Seramai 66 ribu pelajar SPM dan 30 ribu pelajar Tingkatan 4 yang akan menerima manfaat pada tahun ini dengan anggaran sebanyak 284 buah sekolah di Selangor yang akan terlibat iaitu sekolah yang terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS). MBI juga bercadang untuk melihat program intervensi bagi murid-murid di sekolah rendah yang mengalami masalah 3M (Membaca, Menulis dan Mengeja) akibat daripada kesan gangguan waktu persekolahan ketika era pandemik.
Selain itu, aplikasi mudah alih PTRS (Mobile Apps) bakal diperkenalkan bagi memastikan capaian bahan PTRS lebih terbuka dan mudah diakses kepada golongan sasaran. Satu platfrom yang berorentasikan aplikasi mudah alih akan disediakan melalui platform Android dan IOS.
Bagi menambahbaik portal ePTRS yang sedia ada, Video Langsung (Live Video) juga turut diperkenalkan dimana Video Langsung ini merupakan salah satu pendekatan atas talian yang mampu dilakukan dalam komunikasi dua hala. Ianya dapat membantu dan memudahkan interaksi secara terus antara tenaga pengajar dan golongan sasaran. Portal ini boleh diakses dengan melayari www.eptrs.my.