Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
145) VAN DRT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Butirkan bilangan penumpang berbayar yang menaiki van DRT mengikut zon sejak perkhidmatan ini dilancarkan bagi semua zon.
Proses pengujian Proof of Concept (POC) Projek Rintis DRT dijalankan di lapan (8) zon di Selangor secara berkala, termasuk dua (2) zon ‘underserved’ iaitu zon yang kurang mendapat akses kepada pengangkutan awam. Sehingga Jun 2024, keseluruhan bilangan penumpang sepanjang tempoh percubaan Projek Rintis DRT adalah seperti berikut:
No. Zon Bilangan pengguna 1. Puchong 6,919 2. Ampang 1,797 3. Hulu Kelang 3,237 4. UPM – Serdang 12,574 5. Subang Jaya 20,587 6. Petaling Jaya Utara 4,739 7. Petaling Jaya Selatan 3,913 8. Sungai Buloh 156 Jumlah keseluruhan 53,922 -
Butirkan purata penumpang berbayar sehari yang menaiki van DRT mengikut zon sejak perkhidmatan ini dilancarkan bagi semua zon.
Sehingga Jun 2024, anggaran kasar purata penumpang sehari bagi lapan (8) zon pengoperasian proses pengujian POC Projek Rintis DRT, termasuk dua (2) zon ‘underserved’ adalah seperti berikut:
No. Zon * Anggaran purata sehari 1. Puchong 33 2. Ampang 9 3. Hulu Kelang 22 4. UPM – Serdang 84 5. Subang Jaya 40 6. Petaling Jaya Utara 30 7. Petaling Jaya Selatan 29 8. Sungai Buloh 1 * Anggaran kasar dikira berdasarkan tiga puluh (30) hari beroperasi setiap bulan.
-
Butirkan bilangan van DRT mengikut zon sejak perkhidmatan ini dilancarkan bagi semua zon.
Empat (4) van disediakan di setiap zon. Jumlah keseluruhan adalah tiga puluh dua (32) van bagi kesemua lapan (8) zon operasi perkhidmatan DRT sepanjang tempoh pengujian POC Projek Rintis DRT.