Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

128) PEMBINAAN SEKOLAH MENENGAH BARU DI KOTA KEMUNING

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah wang yang dibayar sebagai pampasan oleh Kerajaan Negeri akibat daripada tindakan sivil diambil terhadap Kerajaan Negeri dan Pejabat Tanah melalui Perintah Mahkamah dari tahun 2021 sehingga tahun Mei 2024?

    Soalan yang dikemukakan adalah bersifat ‘lack of clarity’ daripada segi dan aspek butiran berhubungkait dengan bayaran dan pampasan yang telah dikatakan dibayar oleh Kerajaan Negeri berkaitan Pembinaan Sekolah Menengah Baru di Kota Kemuning. Secara umumnya, pembinaan sekolah adalah teras pendidikan terutama sekolah di bawah Kementerian Pendidikan adalah bidangkuasa persekutuan yang termaktub di dalam List I, Federal List, 9th Schedule Perlembagaan Persekutuan. Bagi tujuan pengambilan untuk projek sebegini, ia melibatkan agensi pengambil persekutuan iaitu Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) dan pembayaran adalah oleh pembayar persekutuan (‘paymaster’). Jika pengambilan oleh persekutuan, maka tiada pembayaran gantirugi perlu dibayar ole h Kerajaan Negeri Selangor.

  2. Apakah status pembinaan Sekolah Menengah Baru di Kota Kemuning?

    Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengambil maklum keprihatinan Yang Berhormat berkaitan isu ini. Pembinaan SMK Kota Kemuning (2) ini telah pun diluluskan dalam RMKe-12 RP1 Tahun 2021, tetapi masih tidak dapat dilaksanakan akibat isu tanah yang masih belum selesai. Menurut info daripada KPM, tanah ini terlibat dalam kes saman pihak Segi International Group Sdn Bhd (SIGSB)kepada KPM dan setakat ini kedua-dua pihak masih belum dapat memuktamadkan persetujuan penyelesaian luar mahkamah. Persetujuan ini perlu dimuktamadkan sebelum 25 September 2024 sebagaimana Persetujuan Kehakiman yang direkodkan pada 26 September 2023.

    Pada 24 April 2024, JPN Selangor telah menghantar surat permohonan ke Seksyen Tanah, Bahagian Pembangunan, KPM bagi pengambilan tanah lot 131198 di koordinat 2.983735, 101.533426 iaitu tapak bagi SMK Kota Kemuning (3). Tapak ini akan dijadikan tapak alternatif jika rundingan KPM dan pihak SIGSB gagal.  Namun semakan pegawai Tanah pada bulan April 2024  dengan Pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Klang mendapati tapak ini masih belum lagi diwartakan. Proses warta ini adalah proses awal sebelum tanah boleh diangkat menjadi tanah PTP.  Secara normalnya ia akan mengambil masa sehingga 3 tahun untuk warta tanah sehingga menjadi tanah PTP.

Lampiran

Tiada Lampiran.