Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
123) BANTUAN SIHAT SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan penerima-penerima Bantuan Sihat Selangor di bawah DUN Balakong serta jumlah peruntukan yang diluluskan kepada setiap penerima tersebut bagi Tahun 2023 dan 2024.
Bagi tahun 2023, seramai 34 orang penerima dari DUN Balakong telah menerima manfaat Bantuan Sihat Selangor (BSS) dengan purata jumlah kelulusan adalah sebanyak RM73,500. Bagi tahun 2024, tiada penerima bantuan BSS setakat ini kerana permohonan masih belum diproses oleh pihak ADUN.