Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

118) CARUMAN PERKESO

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan pihak Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kakitangan kontrak Kerajaan Negeri seperti pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat mencarum PERKESO?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 16/2023 telah bersetuju bahawa caruman PERKESO Pekerja dan Majikan dicarum oleh Ahli Dewan Negeri melalui peruntukan perbelanjaan pejabat yang disalurkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) masing-masing.

    Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap Ahli Dewan Negeri untuk membuat caruman tersebut. Perihal caruman PERKESO ini turut dinyatakan di dalam syarat-syarat perkhidmatan bersama surat tawaran pelantikan sebagai Pembantu Tadbir (Kerani Kawasan) secara Contract for Service (CfS).

  2. Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peruntukan dalam mencarum kakitangan kontrak kerajaan seperti pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Selangor melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Ke 16/2023 telah bersetuju bahawa caruman PERKESO Pekerja dan Majikan dicarum oleh Ahli Dewan Negeri melalui peruntukan perbelanjaan pejabat yang disalurkan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) masing-masing.

    Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap Ahli Dewan Negeri untuk membuat caruman tersebut. Perihal caruman PERKESO ini turut dinyatakan di dalam syarat-syarat perkhidmatan bersama surat tawaran pelantikan sebagai Pembantu Tadbir (Kerani Kawasan) secara Contract for Service (CfS).

  3. Apakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan dalam menaikkan gaji bagi pegawai Kontrak di Pusat Khidmat Masyarakat seiring dengan pengumuman Perdana Menteri berkenaan kenaikan gaji penjawat awam?

    Buat masa ini, Kerajaan Negeri Selangor tiada perancangan dalam menaikkan elaun bagi pegawai kontrak di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) memandangkan sebarang peningkatan kepada kadar elaun akan melibatkan implikasi kewangan yang lebih tinggi dan ianya juga adalah tertakluk kepada kedudukan kewangan Kerajaan Negeri selain perlu dilihat bersekali dengan jawatan-jawatan setara yang lain. Beban kerja kerani-kerani Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) adalah tertakluk kepada penetapan dan pembahagian tugasan oleh Ahli Yang Berhormat masing-masing dan ianya hendaklah setimpal dengan pemberian elaun kerani iaitu RM2,000.00 sebulan ketika ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.