Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
108) TOURISM SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan Board of Director untuk Tourism Selangor.
Senarai Board of Director untuk Tourism Selangor adalah seperti yang berikut:-
- Tuan Hee Loy Sian
Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah
Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)
Merangkap Mantan Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Selangor
- Tuan Liu Tian Khiew
Ahli Lembaga Pengarah
Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek
- YB Tuan Borhan Bin Aman Shah
Ahli Lembaga Pengarah
Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi Pembangunan Kampung Tradisi, Adat Resam Melayu, Kebudayaan dan Warisan Negeri Selangor
- Encik Halimy Bin Abdul Hamid
Ahli Lembaga Pengarah
Ketua Pengurusan Risiko
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
- Puan Sabrina Binti Adnan
Ahli Lembaga Pengarah
Timbalan Pegawai Kewangan Perbendaharaan Negeri Selangor
-
Adakah kerajaan akan membuat rombakan Board of Director?
Pihak MBI sedang melaksanakan Pelan Tranformasi MBI bermula pada tahun 2024 sehingga 2028 dengan tujuan untuk mempertingkatkan kecekapan tadbir urus dan operasi di peringkat MBI serta kesemua anak syarikat milikan termasuk susunan Board of Director yang berdaya saing bersesuaian dengan objektif agensi berkaitan.
Melalui Pelan Transformasi MBI yang lestari, MBI dan anak syarikat akan dapat menyalurkan manfaat dan pulangan semula kepada Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat.