Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
105) KUNCI AIR JALAN PAPAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah JPS akan menambah pam air di Kunci Air Jalan Papan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Rumah Pam Jalan Papan, Daerah Klang bagi memenuhi keperluan pam kekal di kawasan Kunci Air Jalan Papan. Bagi memastikan kelancaran pengoperasian Kunci Air Jalan Papan sedia ada dan mengurangkan risiko banjir di sekitar Jalan Papan, JPS Negeri Selangor melaksanakan kerja penyelenggaraan berkala pembersihan log boom dan sistem mekanikal di Kunci Air Jalan Papan. Pam bergerak juga masih ditempatkan di Kunci Air Jalan Papan bagi membantu mengeluarkan air semasa pintu air ditutup apabila aras air laut dalam keadaan tinggi.
-
Jika ya, nyataka tarikh.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor sedang dalam penyediaan dokumen tender untuk lantikan kontraktor bagi Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Rumah Pam Jalan Papan, Daerah Klang. Berikut adalah perincian kerja yang akan dilaksanakan oleh JPS Negeri Selangor:-
Bil. Tajuk Anggaran Kos (RM)
Tarikh Mula –
Tarikh Siap
Status 1. Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur, Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Rumah Pam Jalan Papan, Daerah Klang Bagi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor 2,000,000.00 – Peringkat Penyediaan Dokumen Tender Iklan Tender Dijangka Pada 27 Julai 2024
Kerja Dijangka Mula Pada Bulan Disember 2024
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
Untuk makluman Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Selangor akan melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal Serta Kerja-Kerja Lain Berkaitan di Rumah Pam Jalan Papan, Daerah Klang bagi memenuhi keperluan pam kekal di kawasan Kunci Air Jalan Papan.