Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
101) SARINGAN KESIHATAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakahkan aktiviti saringan kesihatan Selangor yang telah diadakan di seluruh di Negeri Selangor pada tahun 2024?
Aktiviti saringan kesihatan Selangor di bawah Program Selangor Saring pada tahun 2024 telah diadakan sebanyak 10 kali di seluruh Negeri Selangor.
-
Berapakah jumlah kos dan perbelanjaan yang terlibat untuk setiap program saringan secara terperinci?
Jumlah kos dan perbelanjaan yang terlibat bagi Program Selangor Saring tahun 2024 adalah seperti berikut:
No. Saringan Sampel (No.) Perbelanjaan (RM) 1. Pengambilan Sampel Darah 1,032 56,760 2. Pengambilan Sampel Urin 828 8,280 3. Pemeriksaan Kanser Serviks 227 40,860 4. Pemeriksaan Kanser Kolorektal 21 210 5. Pemeriksaan Kanser Prostat 293 7,325 6. Pemeriksaan Gigi 566 16,980 7. Pemeriksaan Mata 486 33,600 8. Pemeriksaan Telinga 527 24,000 9. Fisioterapi 522 13,050 10. Prosedur Mammogram 111 27,750 11. Prosedur Biopsi 73 14,600 Jumlah 4,686 243,415