Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

100) CENTRAL SPECTRUM S/B

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan kewangan dan berapakah jumlah kakitangan yang terlibat?

    Kedudukan kewangan Central Spectrum_ (M) Sdn Bhd (CSSB) pada tempuh  semasa adalah kukuh dan stabil. Pinjaman kewangan dari Bank islam telah  selesai sepenuhnya pada bulan Jun 2024 dan tiada tunggakan kepada  kontraktor, konsultan dan lain-lain pemiutang, Gearing ratio ialah “zero”. Jumlah  kakitangan CSSB ketika ini adalah 73 orang

  2. Apakah status lot perindustrian terkini di tapak Pulau Indah?

    • “Pulau Indah Industrial Park”, Fasa 3B – Status penjualan terkini ialah 80%  berdasarkan jumlah lot yang telah terjual.

     

    • “Pulau Indah Industrial Park”, Fasa 3C – Status penjualan terkini ialah 97%  berdasarkan jumlah lot yang telah terjual.

     

    • “SBB Industrial Park”, Fasa 1A- Status penjualan terkini ialah 97.5%  berdasarkan jumlah lot yang telah terjual.
  3. Apakah masalah di tapak memandangkan projek masih tidak habis dijual?

    Merujuk kepada status jualan di atas, Perkara b’, tiada masalah di tapak  pembinaan dan kerja- kerja pembinaan sedang berjalan dengan lancar.

Lampiran

Tiada Lampiran.